Sabtu, November 26, 2011

PENJAGAAN MATA

Mengapa penjagaan mata amat penting kepada anda?
Mata sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, udara kering, angin, alat solek dan pelbagai faktor lain. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan mata anda berisiko untuk mendapat:
  • Jangkitan
  • Alahan
  • Kecederaan
  • Kelesuan mata
Bagaimanakah anda perlu menjaga mata anda?
Menonton TV:
  • Dengan jarak lebih daripada 2 meter
  • Jika anda mendapati diri anda menonton TV terlalu dekat dengan skrin, anda perlu menjalani ujian penglihatan
  • Jangan menonton TV secara berbaring
 
too close
Semasa membaca:sedang membaca
  • Memegang bahan yang dibaca pada jarak 33cm hingga 40cm
  • Jangan membaca sambil berbaring
Semasa menggunakan komputer:
  • Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit
  • Lakukan pertukaran posisi bekerja. Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda
  • Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama
  • Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan
  • Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa
  • Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor
  • Jika perlu, pakai cermin mata yang bersesuaian. Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer

Tiada ulasan :

Catat Ulasan